Sahabat Baikku

Aku rasa diri aku sangat bertuah sebab setiap bermula alam baru mesti ada seorang sahabat baik. Dari sekolah rendah sampaila dah kerja dan kami masih berhubung walaupun jarak memisahkan kami. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sabahat baik aku memang sekepala dengan aku walaupun tal semua tapi masih boleh ngam lagi. Aku ada 4 orang sahabat baik yang amat di rindui. Antaranya: - 

Amalina

Kami mula bersahabat baik sejak tadika lagi dan 1 sekolah tapi lain-lain kelas. Kebetulan kami ni berjiran duduk 1 taman perumahan. Ibubapa dia pula bersahabat baik dengan ibubapa aku. Amalina ni sebenarnya anak angkat dalam keluarganya. Masa kami tadika, kadang-kadang pergi sekolah sama-sama. Kadang-kadang aku tumpang kereta ayah angkatnya atau amalina tumpang kereta ayah aku. Petang-petang kami main bersama-sama dan selalu datang rumah dia. Masa sekolah rendah, kami naik bas sekolah sama-sama pula. Dan masa tula aku mengalami tekanan dengan perangai Amalina. Amalina ni kat sekolah pandai dan rajin, kalau peperiksaan mesti cemerlang. Aku pula tak berapa pandai dan tak cekap macam dia, sampai ibubapa aku sendiri puji meninggi kat dia. Aku rasa bertuah dapat sahabat baik yang pandai cuma 1 sikapnya yang aku tak suka walaupun dia berani tapi garang, kadang-kadang suka marah dan paksa buat sesuatu yang aku tak suka kira bulila. Aku yang masa tu tak tau apa-apa dan rasa takut ikut saja arahannya. Tapi aku tak mengadu pun pasal ni kat ibubapa aku atau ibubapa angkat dia. Aku risau ibubapa aku tak percaya apatah lagi ibubapa dia. Kalau mengadu silap-silap aku kena lempang dengan dia. Manakala kelemahan Amalina ni ialah sejak kecil dia ada 'penyakit' GAGAP, gagap-gagap pun pandao tak apa. Kalau bercakap kadang-kadang mesti perkataan yang dia nak cakap tu tersekat-sekat jadi akula yang membantu dia meneka apa yang dia nak cakapkan tak adala seksa dia nak cakap. Lagi satu, kalau nak berbahasa dengan dia mesti kena panggil nama tak boleh panggil Kau Aku. Kalau cakap mesti kena marah. Masih aku ingat lagi, masa rehat kami makan nasi lemak kat belakang bangunan sekolah dan kebetulan nasi lemak kami beli ada sambal dan aku ni pula jenis tak kuat pedas. Apa lagi dipaksanya aku makan juga sambal, aku pun makanla sampai tercungap-cungap aku bingai betul!. Pernah juga aku kena marah pasal ada seorang kawan nama dia Firdas, suatu hari tu kat kantin dia tanyala yang kami ni adik beradik ke? Aku pun cakapla bukan. Lepas Firdaus dan kawan-kawan dia pergi, aku kena marah lagi dengan Amalina katanya kenapa tak bagitahu adik beradik, takut punya pasal aku diam sajala. Dia juga pernah ajak aku pergi rumah keluarga kandung dia kat dalam pangkalan TLDM juga. Itula pertama kali dan terakhir aku jumpa keluarga kandungnya masa kami darjah 4 ke 5 lebih kurangla. Amalina ni juga pernah bergaduh dengan budak kelas dia, budak perempuan adik beradik kembar masa darjah 5. Yang si adik 1 kelas dengan Amalina, si kakak pula lain kelas tapi dia pangkat PENGAWAS SEKOLAH wei! Adik dia nama Rita, kejadian tu masa rehat aku nak jumpa Amalina kat kelas janji nak keluar rehat sama. Entah macam mana aku terdengar kecoh kat kelas dia, rupa-rupanya dia bergaduh dengan Rita sampai budak tu menangis jadi kakak dia pun masuk campurla, bergaduh lagi dengan si kakak pula (dalam kelas masa tu hanya ada diaorang bertiga sahaja). Baru bertemu buku dengan ruas, kakak Rita pun boleh tahan garangnya maklumla pengawas sekolah. Aku memang dah sah-sah tak berani nak masuk campur, tolong tengok sajala. Akhirnya, Amalina mengalah lepas tu kami pun pergi. Dan yang paling tak boleh lupa masa kami sekolah agama kat Manjung, aku hampir-hampir nak kena pelempang sedas oleh Amalina. Macam ni ceritanya, aku tak berapa ingat punca yang buat dia marah sangat dengan aku masa tu kami darjah 3. Dia marah gila dengan aku sampai tarik tanga ku bawa ke dalam tandas, dia dah mula membebel dan marah-marah aku. Yang aku pula dah mula kecut gila dan menangis, dia hampir-hampir nak pelempang aku mujur tak lepas kalau tak muka, aku tersembam dalam lubang tandas apa. Bila dia dah layan aku sampai ke tahap itu, aku tak mengadu pun kat ibubapa aku sebab takut sangat. Itu baru cerita kat sekolah, masa kat luar sekolah atau kat rumah  lebih teruk lagi aku rasa. Aku dan Amalina pernah belajar bersama-sama, tidur, makan kat rumah dia (itu pun aku tinggal kat rumah dia sebab ibubapa aku ada hal di luar) Masa di rumah pun aku mengalami tekanan juga bukan saja di sekolah, kalau petang kadang-kadang aku selalu lepak jiran depan rumah aku iaitu Cikgu Ana. Aku selalu bermain dengan anak dia, Ija dan seorang lagi anak jiran, Ain. Kami main buaian kat rumah Ija jadi aku pernah kena marah dan kena perli dengan Amalina sebab berkawan dengan Ija dan Ain. Masa tu, Ija dan Ain baru darjah 1 ke tadika entah tak ingat pula. Amalina kata "kenapa kawan dengan Ija dan Ain?! diaorang tu budak-budak karang jadi bodoh sebab berkawan dengan budak lebih muda! kawanlah dengan orang yang lebih tua!" macam-macam lain kata-kata hinaan dia, sudahnya aku terdiam memang sedihla masa tu. Amalina ni dulu, dia jenis kalau dia tak suka atau benci seseorang tu dia takkan bagi aku berkawan dengan orang tu juga kira macam batu apila atau dipulaukan. Kalau aku berkawan juga, dia tak nak berkawan dengan aku lagi sudahla dia seorang saja kawan rapat aku. Pernah terjadi kes dia salah faham dengan jiran sebelah rumah aku terus tak bagi aku kawan dengan dia. Biasa masa ni tahap belum matang, ikut suka hati saja. Tapi tu, zaman kanak-kanak aku penuh dengan ketakutan dari keseronokan bersama kawan-kawan. Selain aku, Amalina bersahabat baik dengan Kak Ain pun jiran juga tua dari kami 2,3 tahun saja. Kak Ain tu sama perangai macam Amalina cuma dia tak banyak tegur aku, entah macam tak suka aku pun ada. Jangan tak percaya, walaupun umur masih mentah Amalina ni dah pandai bermain cinta. Tapi budak tu yang suka kat Amalina, budak satu taman dengan kami nama dia Nazrul tak silap aku umur dia setahun dari kami. Nazrul ni kawan rapat dia anak tok imam taman perumahan aku. Jadi si Nazrul dan Amalina pun bercinta monyet tapi diaorang bercinta tak lama sekejap saja. Diaorang berpisah pun sebab kawan si Nazrul yang anak tok imam tu batu apikan si Nazrul, Amalina mengadu masalah cinta dia kat aku masa tu. Tau pulak ada masalah cari aku. Semasa umur 11 tahun, Amalina pula yang suka dengan abang sekolah menengah. Dasyat tak dasyat sahabat baik aku yang seorang ni. Kalau aku jadi macam dia mesti kena marah teruk dengan ibubapa aku, mana taknya period pn belum lagi dah gatal nak bercinta. Nama mamat yang dia suka tu Sani Elvi. Masa tu si Sani tu baru tingkatan berapa entah, tingkatan 2 agaknya. Mamat ni tak layan sangat. Masa penghujung tahun masa darjah 5, dia terpaksa ikut keluarga angkat dia berpindah pula di Perlis. Seronok sangat bila dia dah pindah, tak adala kena buli lagi tapi kadang-kadang sedih juga dia tak ada. Kalau cuti sekolah kadang-kadang aku dengan keluarga aku pergi Perlis jumpa dia. Bila dah berjumpa macam-macam perkara kami cerita pasal kawan-kawan lama kami masa sekolah dan cerita pasal sekolah dia. Dia pun dah ada kawan baru kat Perlis. Sesekali ada juga dia dan keluarga angkatnya datang Perak sebab nak ambil adik aku yang bongsu bawa pergi Perlis selain berjalan-jalan.Suatu hari dia datang Perak, entah macam mana dia minta maaf sangat kat aku dengan apa yang dia dah buat kat aku dulu. Aku betul-betul rasa terharu, syukurlah dia dah insaf aku pun maafkan dia dengan hati yang ikhlas. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun hubungan aku dengan Amalina semakin renggang. Kami tak pernah berhubung antara satu sama lain walaupun kami pakai henfon, tak taula dia dah ada kawan baru terus lupa aku. Tahun 2010, dia ada datang rumah aku tapi dia tak banyak cakap dengan aku macam selalu aku pun pelik juga. Aku yang banyak buka mulut dan dia pula tak habis-habis belek henfon dia. Rupa-rupanya menurut mak aku, dia dah bertunang dan bulan 7 tahun 2010, dia dah bernikah dengan tunang dia kat Perlis tapi ada jemput keluarga aku pergi. Sedihnya aku tak boleh nak cakap, rupa-rupanya dia selama ni dah sombong sebab dia dah tunang dan nak kahwin. Sampai hati dia buat aku macam ni. Sudahla tunang bila aku pun tak tau, tak ada pun nak berhubung bagitau aku kahwin pun macam tu juga. Ikutkan masa nak pergi Perlis aku tak nak pergi tapi disebabkan ayah aku tak bagi aku tinggal kat rumah terpaksalah ikut. Aku kecewa gila dengan dia dan bertambah kecewa bila aku pergi jumpa dia sehari sebelum dia nikah, dia macam nak tak nak layan aku. Pulak tu cakap pun macam perli-perli aku, akhirnya aku terus keluar dari bilik dia. Sekarang dia dah selamat nikah dan dah ada anak 2 orang.

Nor Ain bt Ishak

Ini sahabat baik aku yang kedua, aku mula kenal dia masa kami tingakatan 1 dan rasmi menjadi sahabat bik masa tingkatan 2. Ain berasal dari keluarga yang agak sporting terutamanya mak dia, Cik Faridah. Ayah Ain pun tentera Navy juga macam ayah aku. Adik beradik dia 2 orang saja, dia dan Miza. Dan kebetulan juga, Ain sekeluarga orang Johor 1 negeri dengan ibubapa aku cuma tempat saja lain. Ain ni seorang yang manja, kuat merajuk, suka bergurau, kadang-kadang pendiam, pemalu, kadang-kadang moody dan dalam akademi dia tak berapa pandai sama macam aku. Masa kami tingakatan 1, kami lain-lain kelas tapi masa rehat selalu jumpa. Kadang-kadang aku lepak kelas dia, kadang-kadang jumpa kat kantin. Naik tingkatan 2 sampai tingkatan 4, barula aku 1 kelas dengan Ain. Kami sangat rapat dan lagipun kami memang sekepala. Ingat lagi, bila kami jalan-jalan kadang-kadang mesti pimpin tangan dan lagi satu kawan-kawan 1 sekolah dah tau keakraban kami, tak boleh dipisahkan. Ke mana saja aku pergi, mesti dia ada sama. Masa tingkatan 3, aku nampak minat Ain dalam sastera. Dia minat mencipta sajak-sajak dan aku pula minat seni lukisan. Kalau ada masa dia ciptala sajak-sajak, ramai kawan-kawan puji dia pandai cipta sajak. Aku pun turut mencuba minat dia dan aku dah terikut-ikut minat dia juga sampai sekarang. Sampaikan ada kawan-kawan kami siap minta Ain atau aku tolong ciptakan sajak untuk diaorang. Ada yang nak bagi kat pakwe dan ada juga buat diri sendiri saja simpan buat kenangan. Ain siap ada koleksi sajak-sajak ciptaannya lagi. Dia pernah bawa buku-buku koleksi sajak tunjuk kat aku dan kawan-kawan yang lain. Ain juga ada juga cuba minat aku tapi tak dapat ikut, sebab dia tak pandai melukis aku yang selalu lukiskan untuk dia. Kadang-kadang aku dan Ain saling bertukar-tukar hasil karya masing-masing. Ain suka lukisan aku dan suka tengok aku melukis begitu juga aku pun sama suka dengan hasil karya dia yang oleh tahan puitisnya. Ada juga kawan-kawan menggelarkan Ain sebagai 'Minah Jiwang' tapi aku berbangga dengan dia sebab sekurang-kurangnua dia ada bakat macam tu juga aku. Masa dia tingkatan 3, dia pindah di blok A25 sebelum ni duduk A18. Kalau dulu aku kadang-kadang selalu pergi sekolah dengan Ain, tapi bila dia pindah dah tak dapat pergi sekolah dengan dia. Bab bercinta pula, masa di tingkatan 3 Ain suka sangat kat seorang mamat ni HIsyamuddin budak dari kelas pandai. Pada Ain si Hisyamuddin tu hensem tapi pada aku biasa-biasa saja. Entahla aku pun tak tau macam mana si Ain boleh sangkut dengan mamat tu tapi dia tak pernah luahkan perasaan cintanya kat Hisyamuddin. Biasala takkan perigi cari timba kan?? Dia selalu mengadu kat aku pasal si Hisyamuddin, nasib la aku ni pendengar setia. Masih segar dalam ingatan aku, pertama kali aku meraikan hari jadi aku kat rumah Ain masa tingkatan 4. Kebetulan masa tu ada latihan sukan untuk rumah sukan kat sekolah kami. Lepas habis sekolah aku lepak kat rumah Ain, aku rasa gembira sangat masa tumak dia Cik Faridah tolong masakkan mee goreng. Aku dan Ain tolong kemas-kemas kat runag tamu dan kemudian kami sama-sama pergi beli kek kat Pernama (guna duit aku sendiri). Sebelum nak pergi latihan sukan, kami meraikan hari jadi aku. Ada juga ajak kawan-kawan lain tapi tak ramaila walauapa pun memang bestla masa tu tak dapat nak digambarkan. Masa hari jadi Ain, aku tak pernah lupa ucap kat dia dan bagi hadiah. Dalam persahabatan tipula kalau tak ada perselisahan faham dengan sahabat baik, macam tu juga aku dan Ain. Kadang-kadang kalau dia kalau dia dalam bad mood, aku dia saja aku faham mesti dia ada masalah. Kes pertama, masa tu kat Stadium TLDM ada Hari Sukan sekolah kami entah macam mana aku nampak Hisyamuddin, aku pun tegurla Ain kebetulan si Hisyamuddin ada kat dengan kami dan Ain marahla aku jangan tunjuk-tunjuk kat dia. Apa lagi merajukla Ain dengan aku, mungkin dia malu kalau Si Hisyamuddin tau yang Ain suka kat dia. Kes yang kedua, Ain ada perselisihan faham dengan kawan sekelas kami iaitu Sheron. Ain kata Sheron suka bawa mulut dan Ain tak bagi aku berkawan dengan dia. Katanya lagi mak dia tak bagi aku berkawan dengan Sheron, kalau aku berkawan juga Ain tak nak berkawan dengan aku lagi. Nak tak nak terpaksala aku tak bertegur sapa dengan Sheron. Aku tak nak putuskan persahabatan dengan Ain, aku sayangkan persahabatan kami. Kes yang ketiga, kat sekolah aku dulu ada mesin tisu (tak taula ada lagi ke tak). Ain nak beli tisu, masa tisu nak keluar aku dan Ain berebut-rebut nak ambil entah macam mana terkoyak terbelah dua pula, apa lagi merajukla dia sampai tak tegur aku. macam tula kerenah Ain, hal-hal kecil pun dia nak merajuk pening dibuatnya tapi aku sabarkan diri. Aku ada minta maaf kat dia. Bila di ingat balik, nak tergelak pun ada, Paling gempak perselisihan faham antara kami adalah sejak kewujudan orang tengah dalam persahabatan kami iaitu kawan sekelas juga Yong Norshahira. Ain semakin menjauhkan diri dengan aku dan diaorang asyik bercerita pasal lelaki saja Iaitu Saad dan Suhaimi (sepupu Ain). Aku sedih bila Ain tak banyak layan aku, asyik dengan Yong saja. Sampai suatu hari pasal kes terkoyak tisu tu, dia tak tegur aku berminggu-minggu lamanya (masa ni dia dah kawan dengan si Yong). Aku cuba berbaik-baik dengan Ain tapi dia tetap dengan kerenah kebudak-budakkan, merajuk panjang dan tak mahu tegur aku. Sejak dari tu aku kesunyian sangat terasa janggal tanpa Ain, mana taknya kawan-kawan lain sibuk bertanya dan diaorang pun perasan kerenggangan antara aku dan Ain. Akhirnya, disebabkan dia rapat dengan Yong juga, nak tak nak aku minta tolong Yong cakap kat Ain yang aku minta maaf sangat-sangat kat dia, Akhirnya, kami berkawan balik macam biasa, syukur alhamdulillah. tapi ujian persahabatan kami terjadi lagi apabila penghujung tahun 2002, Ain dan keluarganya nak berpindah kat Johor di Simpang Renggam sebab ayah dia dah naik pangkat. Masa perpisahan buat kali terakhir aku tolong Ain kemas-kemas rumah dia dan sebelum berangkat aku bersalaman dan berpelukan dengan Ain. Sedih berpisah dengan Ain hanya Allah swt saja yang tau tapi bila dia dah berpindah kami masih berhubung dengan surat dan telefon sampai sekarang. 

Saidatul Nabihah

Ini sahabat baik aku yang ke 3. Aku kenal dia masa kami semester 1 di IKM, Lumut. Walaupun kami 1IKM tapi kami dalam jurusan yang berbeza. Dia ambil jurusan Ulphostri dan aku panggil dia, Abby tapi di kalangan kawan-kawan 1 jurusannya panggil Bihah. Kami sebaya, adik beradiknya 5 orang dia anak bongsu. Yang sedihnya, dia anak yantim piatu. Mak dia meninggal masa dia darjah 6. Abby duduk Fasa 3A, Seri Manjung. Abby ni seorang yang sempoi, gila-gila, kelakar, lasak pendek kata lebih kurang aku sebab tu kami kamceng. Kekurangan pasal abby, dia seorang panas baran kalau dia marah aku rasa dunia pun boleh hancur. Kami berkawan masa semester 1, masa tu aku hanya berkawan biasa  saja dan lepas tu lama-lama kami jadi rapat. Dari semester 1 sampaila semester 3, kami tak pernah 1 dorm tapi masih berkawan rapat. Kadang-kadang aku selalu lepak dorm dia dan dia pula jarang lepak dorm aku. Katanya ada seseorang yang dia tak suka dalam dorm aku tapi tak ada pula bagitahu aku siapa orangnya. Macam aku pula, ada juga kawan 1 dorm dia yang aku tak suka bukan tahap tak suka lagi, benci dah. Mereka dengki seolah-olah macam tak suka aku masuk dorm jumpa Abby. Aku buat tak tahu saja masuk juga. Mungkin setiap kali aku jumpa Abby mesti riuh tapi salah ke aku nak jumpa kawan baik sendiri? Diaorang pun riuh tak apa pula. Kalau tak dulu Abby selalu masuk dorm aku dulu, budak-budak dorm aku pun ada yang tak suka dia masuk dorm aku. Bila dah jadi macam tu, kadang-kadang kami hanya sembang kat tingkap saja (mesyuarat tingkap). Kalau masa kelas pula, aku pernahla sekali dua pergi kelas jurusan dia saja jalan-jalan jumpa kawan alang-alang jumpa dia sekali. Bangunan jurusan dia dengan dengan bangunan jurusan aku jauh sikitla, kira bangunan dia belakang bangunan aku. Kami ambil kokurikulum yang sama iaitu memanah, bukan ikut sama ikut hanya kebetulan tak sangka pula dia ambil sama dengan aku. Aku masih ingat lagi, kalau masa belajar dulu bila cuti aku liat bangun pagi-pagi buta dan lepas balik kelas saja tidur. Pendek kata membuta saja kerja aku, jadi bila dah kantoi dengan Abby dia masuk dorm aku nampak aku tengah sedap terbongkang apa lagi dia kejutkan aku lepas tu mulalah berleter. Rindu bila sekarang dah tak dengar leteran dia lagi. Kadang-kadang dia suka pinjam barang aku, pinjam duitla, nak basuh baju pun minta sabun baju kat aku. Semester 1 dan 3, semasa hari raya puasa lepas habis saja kelas kitaorang selalu lesap keluar pergi bazar ramadhan itupun kalau sempat dan kalau ada benda nak beli. Dan ada juga selalu kongsi duit beli rangka ayam makan sama-sama. Masa hari raya pula, buat pertama kali aku pergi beraya di rumah Abby. Masa tu hari jumaat, orang sibuk solat jumaat aku dan Abby keluar hostel jalan kaki balik rumah dia. Kalau masa outing pula dalam semester 3 aku lebih banyak lepak bersama Abby. Kitaorang kerap melencong ke lain, kadang-kadang kami lepak kat Lumut, Esplanade Lumut (port kami), Ipoh (Ipoh Parade) dan Sitiawan. Kami rasa gembira dapat keluar bersama-sama pergi jalan-jalan. Selalunya pergi Ipoh kami naik bas, masa nak menunggu bas kat stesen bas Manjung siap bersila mana taknya kami pantang bila bas lambat sampai, lebih-lebih lagi Abby ada saja bebelannya. Paling pantang dia tunggu bas lama sangat. Masa hari jadi dia, aku tak pernah lupa ucapkan. Pasal kisah cinta dia, dah banyak kali dia pernah bercinta. Mula-mula dia bercinta dengan Shin Chan (nama samaran bekas pelajar IKM kami juga, aku pun tak ingat nama sebenar dia apa). Itulah cinta pertama Abby. Lepas berpisah dengan mamat tu, bercinta pula dengan Adib pun budak IKM kami lain-lain jurusan sama dengan Shin Chan. Aku pernah temankan Abby jumpa Adib kira dating pertamanya kat Marina Wings Lumut. Dengan Shin Chan Pun pernah temankan dia juga jumpa kat Ipoh Parade. Tapi dengan Adib pun dia tak kekal lama, sekarang aku agak dah 3,4 kali dah dia bercinta. Kalau dia ada masalah cinta atau peribadi selalu mengadu kat aku. Selain tu, Abby ada juga penyakit iaitu Migrain. Kalau sakit kepala dia datang aku jadi tukang urut dia dan selalu berpesan kat dia makan ubat dan jangan keluar masa hujan. Aku bukan apa Abby jenis tak suka makan ubat dan tak boleh kena hujan sikit nanti migrain dia datang. Pernah sekali hujan dia main redah ikut suka dia, apalagi bising juga aku. Sebagai kawan baik aku sangat risaukan pasal kesihatannya. Kalau dibuatnya pengsan ke apa ke siapa yang susah? Mujur aku jenis ambil berat pasal kawan kalau tak, tak taula. Setiap orang mesti ada masaah keluarga macam tu juga Abby, dia pernah kat aku yang ayah dia seorang yang panas baran lebih baran dari dia. Kadang-kadang ayah dia selalu marah dia tak tentu pasal, kena pukul dan di kongkong ayah sendiri. Aku sendiri dapat rasakan betapa tertekannya dia sebab aku pun lebih kurang sama saja keluarga kami. Masalah keluarga pun kami berkongsi cerita. Pernah 1 kes, dia mengadu kat aku yang ayah dia belasah belakang badan dia guna batang pemukul sebesar tangan dewasa. Dia siap tunjuk bukti kesan lebam-lebam kat badan dia 1 jurusan dia dan 1 asrama perempuan kecoh pasal kes dia. Ada juga suruh Abby buat laporan polis sebab ayah Abby dah mendera dia dengan teruk, tapi dia tak mahu sebab dia kesiankan ayahnya yang dah tua dan ada penyakit. Abby pernah cerita kalau dia kena marah atau dipukul dengan ayahnya dia selalu menangis sorang-sorang dalam bilik, dia tak suka ayah dia dan lebih sayangkan arwah maknya.  Aku tak pernah tengok gambar arwah mak dia. Abang dia no 2 dan kakak dia dah kawin (sekarang abang dia no 3 pula dah kawin, abang no 4 aku tak taula dah kawin ke belum). Lepas habis belajar, buat praktikal tapi masa praktikal kadang-kadang aku dan Abby ponteng kerja. Kami jumpa dan lepak kat Esplanade, Teluk Batikla, Taman Paya Bakaula (masa ni Abby dah bawa motor, aku hanya tumpang dia) sambil-sambil tu kami ceritala masalah kat tempat kerja, peribadi dan maca-macam lagila. Abby pernah belikan aku cenderahati masa pergi Teluk Batik. Sekarang ni aku dah jarang jumpa dia sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Abby sekarang kerja kat Kamdar Manjung sebagai juruwang. Lepas habis buat praktikal aku sambung belajar buat Diploma tapi Abby terus kerja. Sejak aku sambung belajar di Kuala Lumpur la dah jarang jumpa, berhubung pun ada juga itupun kadang-kadang saja. Dulu dia cakap nak bertunang dengan teman lelakinya tapi tak bertunang pun. Terakhir aku jumpa dia masa awal bulan tahun 2010, dia ajak aku jalan-jalan kat Teluk batik dengan kawan sekerja dia. Tu pun aku tak banyak cakap masa tu, yela dia bawa kawan perempuan asyik layan kawan dia saja aku ni buat macam tunggul kayu pula.

Izyan Syazwani
  
Dan yang terakhir kawan baik aku, Izyan Syazwani lebih mesra dengan panggilan Nanie atau Nan. Ini kawan baik aku yang terbaru setakat ni. Aku kenal Nanie sejak kami sama-sama belajar di TWINTECH, Nanie asal dari Baling, Kedah. Dia seorang yang berfikiran terbuka, ceria, sporting dan pandai. Dia ambil jurusan kejururawatan. Aku suka berkawan dengan dia. Masa belajar kami duduk di apartmen yang sama cuma tingkat saja berlainan. Aku duduk tingkat 3, dia duduk tingkat 7 tapi aku selalu lepak rumah dia. Aku lebih selesa lepak di rumah dia sebab budak-budak rumah dia pun sporting juga, itu yang buat aku seronok sangat. Budak-budak rumah aku tak ngam dengan aku. Masa aku semester 2, budak-budak jurusan kejururawatan kena pindah di apartmen lain. Masa aku semester 3, dia pindah sekali lagi di tempat baru aku pindah juga apartmen yang sama tapi blok lain-lain. Masa dia pindah apartmen lain, kadang-kadang aku lepak rumah dia itu pun masa hujung minggu saja. Teringat kenangan manis kami, kalau bosan kami selalu mandi di swimming pool kat belakang apartmen. Aku suka datang dia sebab senang dapat wireless kuat gila mana taknya sebelah apartmen ada cyber cafe dan kedai mamak free wifi. Kalau hujung minggu kadang-kadang pergi membeli-belah dan jalan-jalan kat bandar Kuala Lumpur memang seronok sangat. Kadang-kadang tu aku pernah banyak kali tidur kat rumah dia, masa nak tidur dengan dia punyala seksa. Kelemahan Nanie masa tidur ialah KUAT BERDENGKUR. Kalau di kolej pula, disebabkan kami lain-lain jurusan aku selalu jumpa dia kat kioks kolej saja masa rehat. Aku pun ada juga kenal-kenal dengan kawan-kawan dia dari jurusan kejururawatan, baik junor mahupun senior. Kalau aku ada apa-apa masalah, aku mesti mengadu kat dia seorang tapi kalau dia ada masalah bukan saja mengadu kat aku malah kawan-kawan serumah dia pun pergi mengadu juga. Bila habis belajar, aku yang habis dulu. Nanie belajar sampai semester 6 kalau tak silap aku. Aku sampai semester 4 saja tapi dia setiap hujung semester mesti kena praktikal kat sebuah Hospital kawasan Kuala Lumpur. Masa dia tengah praktikalla aku bosan, mana taknya tak adala tempat aku nak mengadu masalah, teman berseronok, teman ketawa. Kalau ada dia barula ceria sikit. Kalau bab perselisihan faham tu, akula selalunya mengada-ngada merajuk tak tentu pasal. Nanie tak marah aku cuma diamkan diri saja. Esoknya kami okla macam biasa, Sesetengah kawan mesti dah bertelagah sampai berhari-hari tak bertegur tapi dia tak macam tu. Masa hari jadi pula, macam biasa aku rajin ucapkan kat sahabat baik aku ni. Dan Nanie pun sama, aku pernah meraikan hari jadi dengan kawan-kawan kerja berkumpulan. Aku buat kecil-kecilan saja, ada ajak Nanie tapi dia tak datang alasannya jauh pula. Masa tu, aku buat kat McD, tapi memang jauh pun jalan kaki mungkin dalam setengah jam baru sampai. Jadi nak buat macam mana nak kata kecewa dia tak datang kecewa jugala sebab aku dah rancang nak potong kek dengan dia dan nak dia ada masa majlis hari jadi tu. Berfikiran positif, kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Nanie juga dah ada teman lelaki, Nama teman lelaki dia, Man orang Parit Buntar, Perak. Sudah 3 kali aku jumpa teman lelaki dia, bolehla teman lelaki dia comel rupanya kelihatan macam cina sikit. Aku dengar cerita lepas Nanie belajar dia nak bertunang dengan Man. Syukurla aku tengok diaorang pun serasi bersama jadi aku tumpang bahagiala. Sekarang alhamdulillah, selamat menjadi suami isteri. Dan sekarang ni kami dah jarang sangat berhubung sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Pernah jugak aku menghubungi dia tapi dia jarang menghubungi aku alasannya dia guna celcom dan poket duit selalu tak ada, aku guna maxis. Sejak belajar kat kolej  aku selalu share topup dengan dia. Ini pun tengah rindu gila kat dia. Aku harap dia sihat-sihat selalu, Insyallah.


Kesimpulannya

Keempat-empat sahabat baik aku ni, memang banyak kisah suka duka, pahit manis kami kongsi dan harungi bersama. Walaupun kami masing-masing sudah membawa haluan sendiri, tapi persahabatan kami tetap kukuh hingga kini. Dan aku sangat sayangkan semua kawan-kawan baik aku. Aku ni jenis setia pada ikatan persahabatan dan aku sanggup berkorban demi sahabat. Tak apa aku susah sikit yang penting aku boleh tengok sahabat-sahabat aku ni bahagia. Biarla buruk baik macam mana pun perangai sahabat kita, dia tetap sahabat kita susah senang bersama dia sentiasa di sisi kita. Hargailah persahabatan agar kekal hingga ke akhir hayat. Kalau kita mahukan sahabat baik, kita perlulah ikhlas dan jujur itu yang penting untuk sesebuah hubungan persahabatan. Kita patut rasa bersyukur kalau dapat sahabat yang hatinya baik, jangan pula kita ambil kesempatan ke atas kebaikkannya. Lagi satu, kalau kita sudah ada pasangan hidup jangan sesekali lupakan sahabat. Ingatla segala pengorbanannya dan akhir sekali untuk sahabat baik, aku sentiasa akan mendoakan kebahagiaan kau dunia dan akhirat. Aku tak pernah lupakan kau, andai waktu boleh diputarkan kembali aku tak nak kita semua berpisah. Andai ada terkasar bahasa, tergurus kata aku nak memohon seribu kemaafan dari kau. Dan andai kita tidak berjumpa di dunia, kita pasti akan selalu berjumpa di Jannah...Insyallah...Amin yarabbalalmin.