Selasa, 22 Mac 2011

Tips Ucap "MAAF" Dalam Persahabatan

1. Curahkan perasaan kesal kamu di atas sekeping kad istimewa. Lebih baik lagi jika kamu boleh membuat sekeping kad sebagai tanda memohon maaf kepada sahabat dengan menggunakan daya kreativiti kamu. Dengan meluahkan perasaan kesal kamu menggunakan cara ini, sekurang-kurangnya boleh meringankan perasaan kamu sendiri. 

2. Gantung dan pampangkan tulisan yang tertera perkataan ‘MAAF’ agar ia boleh dilihat dengan jelas oleh sahabat kamu. Mungkin si sahabat akan tersenyum bila melihat hasil kreativiti kamu itu.

3. Pesanlah bunga, coklat atau sebarang hadiah yang menjadi kegemaran sahabat dan kirimlah ke pejabat atau ke rumahnya. Sertakan juga sekeping kad sebagai tanda memohon maaf pada hadiah yang kamu kirimkan itu

4. Kamu biasa menggunakan perkhidmatan pos sebagai salah satu cara untuk melahirkan rasa kesal atau maaf kamu kepada sahabat? Tidak salah jika kamu terus menggunakan kaedah ini. Kalau boleh kamu poskan sekeping nota, surat atau kad setiap hari sehinggalah si sahabat terbuka hati untuk memaafkan kamu. Jika persahabatan kamu memang utuh, sudah tentu si sahabat tidak memerlukan masa yang lama untuk memaafkan kamu.

5. Alternatif lain yang boleh kamu cuba ialah, mengajak sahabat makan di luar bersama-sama. Apa yang paling penting, kamu gunakanlah peluang dan waktu yang ada itu sebaik-baik mungkin untuk meluangkan waktu bersama sahabat 

6. Jangan ada rasa sangsi atau waswas untuk mengucapkan kata maaf kepada sahabat. Adakalanya kita perlu menolak ke tepi perasaan ego yang ada dalam diri demi kebaikan hubungan persahabatan itu. Sebaiknya lakukanlah ia dengan hati yang tulus dan niat yang baik agar si sahabat boleh segera memaafkan kamu. Hubungan kamu pun boleh kembali terjalin seperti sedia kala atau mungkin lebih baik dari sebelumnya.