Rabu, 26 Mei 2010

KawanKu

Dalam hidup ini, aku mementingkan sesebuah persahabatan. Bukan mudah untuk kita dapatkan ramai kawan, kalau kita tak ada rasa keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran dalam diri. Apabila ada ramai kawan-kawan ini rasa hidup lebih ceria berbanding ada sedikit kawan. Kadang-kadang persahabatan yang kita jalinkan itu akan kekal sampai ke akhir hayat. Bak kata pepatah berkawan biar 1000 bercinta biar 1, aku sentiasa pegang pada pepatah itu. BIla sudah meningkat remaja, aku mula memperluaskan pergaulan di antara kawan-kawan aku dengan bersikap ramah dan mudah berkawan. Dan aku pula jenis tidak memilih kawan. Aku jenis tak kisah sesiapa nak berkawan dengan aku, kalau dapat yang sekepala dengan aku lagi bagus. Masa aku sekolah memang aku tak ramai kawan sebab aku ini jenis pendiam dan bergaul dengan kawan-kawan sekelas sahaja. Tapi masa aku belajar di IKM dan kolej, aku ada ramai kawan-kawan baik lelaki dan perempuan. Aku juga amat percaya pada SAHABAT SEJATI. Sahabat sejati ini bagi aku adalah sahabat yang sanggup susah senang bersama, suka duka kongsi bersama, saling mempercayai dan yang paling penting menerima segala baik buruk seseorang sahabat itu. Memang tak dinafikan memang susah nak jumpa sahabat sejati dan macam mana pula kalau kita dapat kawan yang tak menyenangkan macam kawan tikam dari belakang, kawan makan kawan, menyusahkan kawan lain, kawan gunting dalam lipatan, kawan kaki perampas dan sebagainya. Mesti menyakitkan hati kan? Kawan sebegini tidak layak berkawan dengan sesiapa pun apatah lagi nak buat sahabat baik, malah perlu kita jauhi andai kita sendiri tidak sanggup berdepan dengannya. Jadi kepada kamu semua nasihat aku berhati-hati bila berkawan dengan seseorang. Kadang-kadang nampak saja baik tapi kita tak tau niat sebenarnya. Di blog ini aku nak kongsikan cerita dan tips mengenai kawan atau sahabat buat renungan bersama. Assalamualaikum...