Ahad, 7 November 2010

Ngam Dengan Sahabat Si Dia

Waktu khusus
  • Untuk menyesuaikan diri, kamu boleh memulakannya dengan penyediaan waktu khusus kepada pasangan agar berpeluang berkumpul dengan sahabat atau rakan-rakannya. Kamu boleh bertolak ansur dengan si dia dengan cara, membenarkan si dia berkumpul atau lepak dengan rakan-rakan dua atau tiga kali dalam sebulan. Cara ini tidak akan membuatkan kamu kehilangan si dia dan dalam masa yang sama, kamu pun memiliki waktu untuk bersama rakan-rakan si dia.
Luangkan waktu
  • Ada baiknya kalau kamu meluangkan waktu bersama rakan-rakan si dia terlebih dahulu sebelum kamu mengambil keputusan untuk mengenali si dia dengan lebih mendalam lagi. Maklumlah, mereka sudah terlebih dulu saling mengenali. Sahabatnya pasti lebih tahu tentang perkara-perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai oleh si dia. Bukan itu sahaja, sahabat si dia juga pasti memahami semua sifat-sifatnya. Yang perlu kamu lakukan adalah hanya bersifat terbuka, berbincang dengan mereka dan mengingati nama-nama setiap rakan-rakan si dia. Jika kamu tidak mudah membiasakan diri dalam kelompok rakan-rakannya itu, memadailah jika kamu boleh memberikan senyuman dan menyapa mereka dengan ramah. Cara ini sudah cukup untuk membuatkan mereka menghargai kamu. 
Bersikap terbuka
  • Tidak perlu risau atau bimbang jika rakan-rakan si dia tidak mempedulikan kamu. Lebih-lebih lagi setelah kamu berusaha mendekatkan diri dengan mereka. Kamu tidak boleh memaksa mereka untuk menyukai kamu. Kamu perlu sedar bahawa kamu memiliki rakan-rakan lain yang boleh menerima kehadiran diri kamu seadanya. Apa yang paling utama, kamu perlu kekal bersikap sopan ketika bertemu dengan rakan-rakan si dia. Memadailah jika kamu hanya bersalaman dengan mereka tanpa perlu berbual dengan panjang lebar. Bila pasangan kamu menyedari tentang situasi ini, sudah tentu si dia akan meminimumkan waktu pertemuan antara kamu dengan sahabat-sahabatnya. Perkara ini dilakukan oleh si dia agar kamu dengannya boleh mempertahankan hubungan yang terjalin itu.