Khamis, 13 Ogos 2015

12 Ciri Sahabat Berkualiti

Mencari sahabat sememangnya mudah, namun untuk mencari yang benar-benar berkualiti itulah yang sering menjadi masalah kepada semua orang. Adakalanya kamu merasakan telah bertemu dengan sahabat yang baik, tetapi apabila telah lama berkawan barulah kamu sedar orang yang selama ini mengaku sahabat tidak sebaik yang kamu sangka. Oleh itu, Sebelum kamu mengisytiharkan sesiapa menjadi sahabat kamu, pastikan dahulu si dia punya ciri yang berkualiti sebagai sahabat. Berikut adalah 12 ciri-ciri sahabat yang berkualiti...: -

Tenang

Sikapnya yang sentiasa tenang dan tersenyum setiap kalu bersama kamu menggambarkan dia adalah seorang sahabat yang ikhlas. Dia tidak perlu berusaha keras ataupun menunjuk-nunjuk kepada kamu yang dia adalah sahabat yang terbaik buat kamu. Hanya dengan senyumnya sudah mampu buat kamu yakin dia akan bersama kamu susah dan senang.

Beri Perhatian


Setiap kali kamu menceritakan masalah kamu, dia sangat berminat untuk mendengar walaupun cerita kamu itu sebenarnya kurang menarik dan ada antaranya telahpun diulang berkali-kali. Bukan itu sahaja, si dia juga sentiasa berikan saranan, nasihat ataupun motivasi yang positif saat kamu meminta pendapat atau bertanya tentang suatu masalah kepadanya.


Tidak Memilih 

Walau bagaimanapun diri kamu, si dia tidak pernah mengkritik ataupun malu untuk bersama kamu. Biarpun dia mungkin seorang yang boleh dikategorikan cukup sempurna, punya rupa yang menawan, miliki bentuk tubuh yang langsing dan mewah harta benda, namun si dia tidak pernah mempertikaikan diri kamu yang mungkin kurang dari segi penampilan diri

Tunjukkan Perasaan Sayang 


Si dia bijak menunjukkan perasaan sayangnya. Tidak perlu diucapkan dengan kata-kata ataupun tunjuk dengan perbuatan, tetapi ianya dilakukan secara semulajadi. Misalnya, dia mengambil berat tentang kamu atau ketika kamu sakit, si dia sanggup menjaga kamu setiap masa dan memasakkan makanan yang kamu suka.


Tidak Pernah Mengungkit


Bukan pada kamu sahaja tetapi pada semua orang. Apa-apa kebaikan yang pernah dilakukannya pada orang tidak pernah sesekali diungkit atau diuar-uarkan semula. Baginya, apa yang dilakukan adalah ikhlas. Andai tidak dihargai sekalipun, dia tetap ikhlas melakukannya.


Tidak Mementingkan Diri


Ada sahabat yang waktu memerlukan sahaja dia mengingati sahabatnya, tetapi bila senang dia jadi lupa segalanya. Namun sahabat yang berkualiti tidak pernah lupa sahabat baiknya. Sekiranya ada apa-apa yang diperolehnya, pasti akan dikongsi bersama sahabatnya.


Menghargai


Setiap kali hari-hari penting kamu misalnya hari ulang tahun, hari pertunangan kamu dan sebagainya si dia sentiasa bersama-sama meraikannya. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah lupa membelikan sesuatu buat kamu. Itu adalah caranya untuk menunjukkan dia amat menghargai kamu sebagai sahabatnya. 



Bercakap Benar


Sahabat yang baik tidak akan pernah menipu sahabatnya. Biarpun mungkin terpaksa menceritakan sesuatu yang mengaibkan dirinya sendiri, namun demi persahabatan dia tidak akan pernah menipu. 

Menghormati 

Dia sentiasa menghormati pendirian dan sifat kamu. Misalnya kamu seorang yang agak lasak dan sukakan aktiviti rock climbing. Sedangkan dia bukan begitu, Namun perbezaaan itu tidak pernah menjejaskan persahabatan kamu berdua, malah dia sentiasa menyokong kamu. 

Pemurah

Si dia tidak pernah kedekut untuk meminjamkan keperluan miliknya kepada kamu bila kamu memerlukan. baginya barang-barang tersebut tidak ada nilai dibandingkan dengan persahabatan kamu dan dia. 

Membantu Tanpa Mengharapkan Balasan 


Sekiranya kamu berhadapan dengan masalah, si dia akan cuba membantu sedaya upaya dan adakalanya dia melakukan tanpa pengetahuan kamu. Sememangnya sahabat yang baik akan sentiasa membantu biarpun tanpa pengetahuan kamu kerana setiap pertolongan tidak diharapkan sebagai balasan. 


Mendoakan Kebahagiaan Sahabatnya. 

Si dia mungkin tidak mampu untuk membelikan kamu hadiah yang mahal ataupun mengambil hati kamu dengan belanja makan tetapi apa yang dia tidak pernah lupa ialah mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kamu. Sesungguhnya itulah hadiah yang lebih bermakna. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan