Sabtu, 21 Mei 2011

Sahabat, 'Unlimited'...

Pernah tak dalam hidup korang mempunyai sahabat yang berlainan bangsa, agama dan keturunan??? Aku pernah sekali ada kawan yang berlainan bangsa dan agama ni. Dulu masa aku kerja di Tesco aku rapat dengan kawan aku ni Kavitha berbangsa india. Dia baik dengan aku, walaupun dia mude stahun dari aku. boleh di katakan aku dengan dia tak ada apa-apa masalahla dengan dia. kitorng selalu berkongsi cerita. Selain tu kitorng pnh citer perayaan masing2, belajar bahasa dari dia, citer bab agama skit. Masa hari jadi aku dia bg hadiah dan belanja aku makan. Best sgt kwn dengan dia. Bagi aku tak salah tuk berkawan dengan berlainan bangsa ni, asalkan kite tau batas2 kite, saling memahami dan paling penting jaga sentiviti tentang keagamaan.

Isnin, 16 Mei 2011

Ketahui Lokasi Mencari Sahabat

Kelab
 
Memiliki sahabat yang memiliki minat yang sama dengan kamu memang menyeronokkan. Dengan ini, segala-galanya boleh di kongsi bersama. Pastikan kamu kerap berkunjung atau menjadi ahli kelab mana-mana persatuan atau aktiviti yang kamu gemari. Maka secara tidak langsung kamu akan mengenali dan memperolehi ramai kenalan. Apa yang pasti, kesemuanya pasti memiliki minat dan kegemaran yang sama dengan kamu.

Taman Rekreasi

Di sini kamu dapat memperoleh pelbagai faedah, bukan sahaja mencari kenalan baru malah di samping itu kamu juga mampu melakukan aktviti yang menyihatkan. Secara tidak langsung di sini juga kamu boleh mendapatkan sahabat yang memiliki minat dan kegemaran yang sama denganmu.

Pejabat
 
Jika kamu menghabiskan banyak waktu di tempat kerja, wajarlah sekiranya kamu mendapatkan seorang sahabat di tempat kerja kamu sendiri atau berkenalan dengan individu yang bekerja berhampiran dengan pejabat kamu itu. Jika kamu sedang berusaha untuk mendapat seorang sahabat yang terdiri daripada rakan sepejabat, pastikan kamu mencarinya secara jujur dan ikhlas kerana ia akan menjamin kamu memperoleh sahabat sejati. Jauhi tabiat gemar bergosip kerana ia mungkin boleh menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakan-rakan sepejabat kamu!

Kafe Siber

Jika kamu gemar berkunjung ke mana-mana kafe siber, kamu pasti boleh berkenalan dengan individu yang sealiran atau sama minat dengan kamu. Lebih-lebih lagi bila kamu telah menjadi pengunjung tetap di cafĂ© siber yang kamu kunjungi itu. Sudah pasti kamu dikenali dan bakal di tegur oleh mana-mana individu yang sering kamu temui setiap kali berkunjung ke kafe siber berkenaan. Di kesempatan inilah boleh kamu gunakan untuk berkenalan dan seterusnya menjalinkan hubungan persahabatan. 


Internet

Dunia maya boleh membantu kamu memperoleh atau menambah lebih ramai kenalan baru. Hanya dengan menyertai mana-mana laman forum yang terdapat di internet kamu boleh memperoleh rakan siber tanpa membuat temu janji. Bagi kamu yang sentiasa sibuk dengan bebanan kerja, komputer boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk kamu mencari dan menambah kenalan baru.


Jom Bercuti Bersama Sahabat!

Atur Bajet
  1. Takut kehabisan duit dalam percutian? Masalah ini kerap berlaku pada kebanyakkan individu. Ada cara terbaik yang boleh kamu dan rakan-rakan lakukan agar dompet kekal tebal sewaktu dalam percutian. Dengan cara ini, kamu tidak lari dari bajet asal. Caranya mudah sahaja. Kamu perlu menyenaraikan harga anggaran untuk : -
    • Tiket 
    • Penginapan 
    • Pengangkutan 
    • Perbelanjaan keperluan peribadi 
    • Perbelanjaan untuk cenderahati 
    • Duit makan 
    • Perbelanjaan kecemasan 
Jadual Percutian
  1. Kamu perlu senaraikan antara destinasi-destinasi yang ingin kamu kunjungi. Malah kamu juga perlu merangka masa yang diperlukan untuk berada di sesebuah destinasi yang ingin kamu dan sahabat kunjungi itu. Demgan cara ini masing-masing tidak membuang waktu di sepanjang percutian berlangsung.
Bagaimana Ingin Mengatur Jadual Percutian?
  1. Kamu dan sahabat perlu berkumpul sebelum memutuskan destinasi percutian yang ingin dituju. Dapatkan kata sepakat agar masing-masing bersetuju dengan destinasi percutian pilihan itu.  
  2. Jika telah memilih destinasi pilihan senaraikan antara lokasi-lokasi yang ingin kamu kunjungi dalam destinasi percutian pilihan kamu itu. Kelompokkan tempat-tempat yang ingin kamu kunjungi berdasarkan jaraknya. Untuk mengetahui jarak yang lebih tepat, lebih baik kamu bertanya pada individu yang pernah pergi ke destinasi percutian kamu itu.    
  3. Buat perancangan percutian mengikut hari berdasarkan jarak dan tempat yang ingin kamu kunjungi. Sehubungan itu, lokasi-lokasi yang berhampiran boleh kamu kunjungi bersama rakan-rakan dalam masa sehari.   
  4. Jangan lupa untuk bajet masa sewaktu mengunjungi ke sesebuah lokasi yang kamu kunjungi itu. Perkara ini juga memerlukan perbincangan bersama.  
  5. Bagikan tugas pada setiap rakan-rakan kamu.
  6. Untuk percutian yang santai, kamu tidak perlulah terlalu tegas dalam mengikut jadual yang di susun. Ada kalanya di dalam sesebuah percutian jadualnya mungkin boleh berubah-ubah. Kamu dan rakan-rakan tidak perlu panik. Yang penting, kamu dan rakan-rakan perlu berada di dalam keadaan yang tenang dan have fun! 
Jimat Dalam Percutian
  1. Ajaklah sahabat untuk berkongsi bilik sewaktu dalam percutian. Tapi janganlah terlalu ramai. Sebaik-baiknya kamu boleh tinggal empat orang sebilik.
  2. Pastikan kamu memilih bilik atau tempat penginapan yang memiliki harga yang berpatutan. Sebaik-baiknya sebelum pergi bercuti, kamu da sahabat perlu melakukan ‘survey’ agar tidak tertipu atau mengalami kerugian di kemudian hari.
  3. Jika ingin berjimat dari kos penginapan, kamu boleh memiliki kemudahan penginapan!