Ahad, 7 November 2010

Ngam Dengan Sahabat Si Dia

Waktu khusus
  • Untuk menyesuaikan diri, kamu boleh memulakannya dengan penyediaan waktu khusus kepada pasangan agar berpeluang berkumpul dengan sahabat atau rakan-rakannya. Kamu boleh bertolak ansur dengan si dia dengan cara, membenarkan si dia berkumpul atau lepak dengan rakan-rakan dua atau tiga kali dalam sebulan. Cara ini tidak akan membuatkan kamu kehilangan si dia dan dalam masa yang sama, kamu pun memiliki waktu untuk bersama rakan-rakan si dia.
Luangkan waktu
  • Ada baiknya kalau kamu meluangkan waktu bersama rakan-rakan si dia terlebih dahulu sebelum kamu mengambil keputusan untuk mengenali si dia dengan lebih mendalam lagi. Maklumlah, mereka sudah terlebih dulu saling mengenali. Sahabatnya pasti lebih tahu tentang perkara-perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai oleh si dia. Bukan itu sahaja, sahabat si dia juga pasti memahami semua sifat-sifatnya. Yang perlu kamu lakukan adalah hanya bersifat terbuka, berbincang dengan mereka dan mengingati nama-nama setiap rakan-rakan si dia. Jika kamu tidak mudah membiasakan diri dalam kelompok rakan-rakannya itu, memadailah jika kamu boleh memberikan senyuman dan menyapa mereka dengan ramah. Cara ini sudah cukup untuk membuatkan mereka menghargai kamu. 
Bersikap terbuka
  • Tidak perlu risau atau bimbang jika rakan-rakan si dia tidak mempedulikan kamu. Lebih-lebih lagi setelah kamu berusaha mendekatkan diri dengan mereka. Kamu tidak boleh memaksa mereka untuk menyukai kamu. Kamu perlu sedar bahawa kamu memiliki rakan-rakan lain yang boleh menerima kehadiran diri kamu seadanya. Apa yang paling utama, kamu perlu kekal bersikap sopan ketika bertemu dengan rakan-rakan si dia. Memadailah jika kamu hanya bersalaman dengan mereka tanpa perlu berbual dengan panjang lebar. Bila pasangan kamu menyedari tentang situasi ini, sudah tentu si dia akan meminimumkan waktu pertemuan antara kamu dengan sahabat-sahabatnya. Perkara ini dilakukan oleh si dia agar kamu dengannya boleh mempertahankan hubungan yang terjalin itu.

    Isnin, 2 Ogos 2010

    Selamat Hari Persahabatan

    Mesti ada di antara kamu semua dah ucapkan sahabat-sahabat yang dikasihi. Mesti kita pun akan rasa terharu bila sahabat ucapkan kat kita kan? Betapa besarnya erti sebuah PERSAHABATAN. Sempena memperingati sahabat, elokla kita luangkan sedikit masa dengan sahabat tersayang. Ajaklah mereka pergi berjalan-jalan ke belikan hadiah buat sahabat ke, buat kejutan ke, pergi bercuti dengan sahabat ke atau buatla sesuatu yang happening. Jadikan sempena hari persahabatan dengan sahabat kenangan kamu semua yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila. Dan jangan lupa ucapkan Selamat Hari Persahabatan, bagi yang belum ucapkan atau tak sempat nak ucapkan sempat-sempatkan la dan cepat-cepat ucap kat dia takut si sahabat kecewa pula. Sebagai sahabat kepada sahabat kita kenala sentiasa mengingati antara satu sama lain. Okla aku pun tak lupa nk ucapkan kepada semua sahabat baikku

    Untuk semua sahabat baikku : Amalina, Norain, Saidatul Nabihah dan Izyan Syazwani
    aku nak ucapkan  SELAMAT HARI PERSAHABATAN kat kamu semua. Semoga ukhwah persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu semua di dunia dan di akhirat. Amin.





     


    Rabu, 26 Mei 2010

    KawanKu

    Dalam hidup ini, aku mementingkan sesebuah persahabatan. Bukan mudah untuk kita dapatkan ramai kawan, kalau kita tak ada rasa keikhlasan, kepercayaan dan kejujuran dalam diri. Apabila ada ramai kawan-kawan ini rasa hidup lebih ceria berbanding ada sedikit kawan. Kadang-kadang persahabatan yang kita jalinkan itu akan kekal sampai ke akhir hayat. Bak kata pepatah berkawan biar 1000 bercinta biar 1, aku sentiasa pegang pada pepatah itu. BIla sudah meningkat remaja, aku mula memperluaskan pergaulan di antara kawan-kawan aku dengan bersikap ramah dan mudah berkawan. Dan aku pula jenis tidak memilih kawan. Aku jenis tak kisah sesiapa nak berkawan dengan aku, kalau dapat yang sekepala dengan aku lagi bagus. Masa aku sekolah memang aku tak ramai kawan sebab aku ini jenis pendiam dan bergaul dengan kawan-kawan sekelas sahaja. Tapi masa aku belajar di IKM dan kolej, aku ada ramai kawan-kawan baik lelaki dan perempuan. Aku juga amat percaya pada SAHABAT SEJATI. Sahabat sejati ini bagi aku adalah sahabat yang sanggup susah senang bersama, suka duka kongsi bersama, saling mempercayai dan yang paling penting menerima segala baik buruk seseorang sahabat itu. Memang tak dinafikan memang susah nak jumpa sahabat sejati dan macam mana pula kalau kita dapat kawan yang tak menyenangkan macam kawan tikam dari belakang, kawan makan kawan, menyusahkan kawan lain, kawan gunting dalam lipatan, kawan kaki perampas dan sebagainya. Mesti menyakitkan hati kan? Kawan sebegini tidak layak berkawan dengan sesiapa pun apatah lagi nak buat sahabat baik, malah perlu kita jauhi andai kita sendiri tidak sanggup berdepan dengannya. Jadi kepada kamu semua nasihat aku berhati-hati bila berkawan dengan seseorang. Kadang-kadang nampak saja baik tapi kita tak tau niat sebenarnya. Di blog ini aku nak kongsikan cerita dan tips mengenai kawan atau sahabat buat renungan bersama. Assalamualaikum...