Isnin, 16 Mei 2011

Ketahui Lokasi Mencari Sahabat

Kelab
 
Memiliki sahabat yang memiliki minat yang sama dengan kamu memang menyeronokkan. Dengan ini, segala-galanya boleh di kongsi bersama. Pastikan kamu kerap berkunjung atau menjadi ahli kelab mana-mana persatuan atau aktiviti yang kamu gemari. Maka secara tidak langsung kamu akan mengenali dan memperolehi ramai kenalan. Apa yang pasti, kesemuanya pasti memiliki minat dan kegemaran yang sama dengan kamu.

Taman Rekreasi

Di sini kamu dapat memperoleh pelbagai faedah, bukan sahaja mencari kenalan baru malah di samping itu kamu juga mampu melakukan aktviti yang menyihatkan. Secara tidak langsung di sini juga kamu boleh mendapatkan sahabat yang memiliki minat dan kegemaran yang sama denganmu.

Pejabat
 
Jika kamu menghabiskan banyak waktu di tempat kerja, wajarlah sekiranya kamu mendapatkan seorang sahabat di tempat kerja kamu sendiri atau berkenalan dengan individu yang bekerja berhampiran dengan pejabat kamu itu. Jika kamu sedang berusaha untuk mendapat seorang sahabat yang terdiri daripada rakan sepejabat, pastikan kamu mencarinya secara jujur dan ikhlas kerana ia akan menjamin kamu memperoleh sahabat sejati. Jauhi tabiat gemar bergosip kerana ia mungkin boleh menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan rakan-rakan sepejabat kamu!

Kafe Siber

Jika kamu gemar berkunjung ke mana-mana kafe siber, kamu pasti boleh berkenalan dengan individu yang sealiran atau sama minat dengan kamu. Lebih-lebih lagi bila kamu telah menjadi pengunjung tetap di café siber yang kamu kunjungi itu. Sudah pasti kamu dikenali dan bakal di tegur oleh mana-mana individu yang sering kamu temui setiap kali berkunjung ke kafe siber berkenaan. Di kesempatan inilah boleh kamu gunakan untuk berkenalan dan seterusnya menjalinkan hubungan persahabatan. 


Internet

Dunia maya boleh membantu kamu memperoleh atau menambah lebih ramai kenalan baru. Hanya dengan menyertai mana-mana laman forum yang terdapat di internet kamu boleh memperoleh rakan siber tanpa membuat temu janji. Bagi kamu yang sentiasa sibuk dengan bebanan kerja, komputer boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk kamu mencari dan menambah kenalan baru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan