Isnin, 16 Mei 2011

Jom Bercuti Bersama Sahabat!

Atur Bajet
  1. Takut kehabisan duit dalam percutian? Masalah ini kerap berlaku pada kebanyakkan individu. Ada cara terbaik yang boleh kamu dan rakan-rakan lakukan agar dompet kekal tebal sewaktu dalam percutian. Dengan cara ini, kamu tidak lari dari bajet asal. Caranya mudah sahaja. Kamu perlu menyenaraikan harga anggaran untuk : -
    • Tiket 
    • Penginapan 
    • Pengangkutan 
    • Perbelanjaan keperluan peribadi 
    • Perbelanjaan untuk cenderahati 
    • Duit makan 
    • Perbelanjaan kecemasan 
Jadual Percutian
  1. Kamu perlu senaraikan antara destinasi-destinasi yang ingin kamu kunjungi. Malah kamu juga perlu merangka masa yang diperlukan untuk berada di sesebuah destinasi yang ingin kamu dan sahabat kunjungi itu. Demgan cara ini masing-masing tidak membuang waktu di sepanjang percutian berlangsung.
Bagaimana Ingin Mengatur Jadual Percutian?
  1. Kamu dan sahabat perlu berkumpul sebelum memutuskan destinasi percutian yang ingin dituju. Dapatkan kata sepakat agar masing-masing bersetuju dengan destinasi percutian pilihan itu.  
  2. Jika telah memilih destinasi pilihan senaraikan antara lokasi-lokasi yang ingin kamu kunjungi dalam destinasi percutian pilihan kamu itu. Kelompokkan tempat-tempat yang ingin kamu kunjungi berdasarkan jaraknya. Untuk mengetahui jarak yang lebih tepat, lebih baik kamu bertanya pada individu yang pernah pergi ke destinasi percutian kamu itu.    
  3. Buat perancangan percutian mengikut hari berdasarkan jarak dan tempat yang ingin kamu kunjungi. Sehubungan itu, lokasi-lokasi yang berhampiran boleh kamu kunjungi bersama rakan-rakan dalam masa sehari.   
  4. Jangan lupa untuk bajet masa sewaktu mengunjungi ke sesebuah lokasi yang kamu kunjungi itu. Perkara ini juga memerlukan perbincangan bersama.  
  5. Bagikan tugas pada setiap rakan-rakan kamu.
  6. Untuk percutian yang santai, kamu tidak perlulah terlalu tegas dalam mengikut jadual yang di susun. Ada kalanya di dalam sesebuah percutian jadualnya mungkin boleh berubah-ubah. Kamu dan rakan-rakan tidak perlu panik. Yang penting, kamu dan rakan-rakan perlu berada di dalam keadaan yang tenang dan have fun! 
Jimat Dalam Percutian
  1. Ajaklah sahabat untuk berkongsi bilik sewaktu dalam percutian. Tapi janganlah terlalu ramai. Sebaik-baiknya kamu boleh tinggal empat orang sebilik.
  2. Pastikan kamu memilih bilik atau tempat penginapan yang memiliki harga yang berpatutan. Sebaik-baiknya sebelum pergi bercuti, kamu da sahabat perlu melakukan ‘survey’ agar tidak tertipu atau mengalami kerugian di kemudian hari.
  3. Jika ingin berjimat dari kos penginapan, kamu boleh memiliki kemudahan penginapan!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan